top of page

Harga barang: 'Kerajaan cakna tuntutan mahasiswa atau hadapi mobilisasi rakyat'



Kenaikan harga barang yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini membawa golongan mahasiswa bersolidariti bersama rakyat marhaen mendesak kerajaan mengambil langkah segera mengawal keadaan.


Menurut Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Syamil Luthfi, mahasiswa juga terkesan dengan kenaikan harga apabila kafeteria universiti meningkatkan harga makanan, menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa mengikat perut.


"Kami berkumpul bersama bersolidariti dengan rakyat Malaysia bagi membantah kegagalan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan.


"Dari 5 tuntutan mahasiswa, salah satunya adalah untuk kerajaan mengawal harga makanan di universiti seluruh Malaysia amnya.


"Mahasiswa KEADILAN Malaysia telah menjalan survey berkenaan harga barangan dan makanan di beberapa kafeteria universiti. Kita mendapati kenaikan harga yang begitu mendadak di kafe universiti. Antaranya di UUM, UM, UiTM dan UKM. Ini antara yang kita buat survey," katanya ketika ditemui dalam sidang media persatuan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa, semalam.


Bagi Syamil, situasi ekonomi rakyat pasca pandemik Covid 19 amat memprihatinkan apabila banyak golongan M40 sebelumnya telah merosot menjadi B40 dan mahasiswa turut terjejas, terutama dari keluarga berpendapatan rendah dalam menampung belanja makan minum di universiti.


Sehubungan itu, mereka mengharapkan kerajaan segera meninjau keadaan pelajar di universiti dan mencadangkan langkah yang sesuai untuk diambil.


"Kami di sini mengharapkan kerajaan cakna dengan bebanan yang dihadapi rakyat, pelajar IPT seluruh Malaysia. Bukan pergi ke London untuk melihat kesusahan pelajar di sana. Pelajar di sini perlu diberikan keutamaan


"Kemudian ambil tuntutan yang diberikan oleh kami serta solusi yang dicadangkan," katanya.


Bagaimanapun beliau memberi peringatan, sekiranya kerajaan terus alpa maka mahasiswa tidak ada pilihan lain selain melakukan mobilisasi massa.


"Jika tidak, terima padahnya. Kami akan membawa aksi yang akan ditunjukkan kepada kerajaan Malaysia.


"Turun adalah tanda kami akan mobilisasi rakyat dan mahasiswa tunjukkan rasa ketidakpuasan hati ke atas kegagalan kerajaan mengawal harga barang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page