top of page

Harga ayam: Tidak naik mendadak lepas pengapungan - KPKM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 28, 2023
  • 2 min read


Kerajaan yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan secara mendadak harga makanan keperluan rakyat itu.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan mendadak harga bahan mentah basah itu.


Bercakap sebagai tetamu program Naratif Khas terbitan RTM dengan topik "Pasca Belanjawan 2024: Tamat Subsidi Ayam, Apa Jaminan Buat Rakyat?" malam tadi, beliau menjelaskan keyakinan itu berdasarkan kedudukan dan pengeluaran ayam di negara ini masih mencukupi ketika ini.


"Harga siling ayam adalah RM9.40, harga ayam yang ada di pasaran sekarang ini berada di bawah harga siling. Jadi kita harap dengan pengapungan ini harga ayam tidak melepasi harga siling.


"Ini juga (berdasarkan) tinjauan kita di pasaran dan pengeluar juga memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi bila berlaku pengapungan harga nanti," katanya.

Pada masa sama, Mohamad turut memberi amaran tindakan akan diambil pada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga tersebut.


"Kalau berlaku kenaikan harga yang disengajakan kerajaan boleh bertindak, melainkan kalau ia betul-betul tidak cukup dalam pasaran.


"Saya yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau dengan baik supaya tidak berlaku manipulasi harga," jelasnya.


Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempertimbang pengapungan harga ayam dan telur di pasaran.


Langkah itu selepas selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.


Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd yang turut menjadi tetamu program itu menjelaskan, pihaknya amat berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan memandangkan ia akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dan industri.

"Kemungkinan dalam jangka pendek akan berlaku kegusaran rakyat, itu kita telah jangkakan. Kita telah menyediakan pelbagai strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan sekiranya kesan dan keresahan itu berlangsung dalam tempoh di luar jangkaan.


"Dari segi jangka panjang, kita yakin keputusan ini akan memberikan satu keseimbangan ekonomi kepada semua pihak," jelasnya.


Untuk rekod, pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan pada 30 Oktober ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page