top of page

Harga ayam, telur kekal pada harga siling lepas Aidilfitri



Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan harga siling ayam dan telur selepas Hari Raya Aidilfitri.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Salahuddin Ayub dalam satu program di Johor Bahru semalam memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penggunaan bahan asas itu dalam kuantiti yang banyak sepanjang Ramadan dan Syawal.


"Kita telah putuskan dalam Jemaah Menteri supaya semasa Ramadan, hari raya dan juga selepas hari raya (harga siling ayam dan telur dikekalkan).


"Ini kerana hari raya ini istimewa dan ia bukan disambut dua hari, tetapi sebulan," katanya.


Selain KPDN, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) juga jelasnya telah memberi jaminan bagi memastikan telur dan ayam dapat dijual pada harga siling ditetapkan.


Untuk rekod, kerajaan telah menetapkan harga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram, manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji) masing-masing di Semenanjung.


Manakala untuk Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page