top of page

Harga ayam: PN jangan kritik kalau tak faham permintaan - penawaran



Bidasan terhadap Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli oleh pemimpin PN kononnya beliau tidak faham penderitaan rakyat dengan berkata 'jika harga ayam mahal maka kurangkan beli' dibidas Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran.


Menurut Yunes, kata kata Rafizi itu sengaja diambil di luar konteks.


Beliau mempersoalkan adakah pemimpin PN tidak faham antara usaha menurunkan harga oleh kerajaan dan sikap peniaga yang sengaja kekal menjual pada harga tinggi.


Katanya, Rafizi bercakap untuk mengajar peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan mengarahkan rakyat berhenti makan ayam.


"Kalau permintaan dan penawaran pun susah mereka (PN) hendak faham bagaimana untuk mereka menyelesaikan masalah seperti ini?" soalnya dipetik.


Yunes mengecam pemimpin PN yang hanya pandai mengkritik sedangkan ketika mereka mentadbir selama bertahun tahun isu harga dan bekalan makanan tidak pernah selesai.


Beliau menasihatkan mereka untuk berlapang dada memberi sedikit masa kepada Kerajaan Perpaduan untuk mencuba formula baharu bagi menangani isu kos sara hidup.


"Kita baru sahaja mengambil alih kerajaan tidak sampai dua bulan, sudah tentu akan ada rancangan untuk mengawal harga termasuk mengambilkira kos yang terlibat untuk penternak tanggung.


"Saya yakin harga ayam akan stabil dan ini bukan hanya ayam semata-mata tetapi kena juga lihat sektor rantaian makanan lain yang terlibat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page