top of page

'Harga ayam naik RM9.40 sekilo, aneh bekalan terus stabil'



Kenaikan harga ayam bulat di pasaran berlaku akibat kelemahan kerajaan BN - PN menguatkuasakan kawalan harga dan bekalan.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ayam bulat boleh dikawal harganya ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dan tentunya kekal boleh dikawal pada harga yang mampu ditanggung rakyat pada waktu ini.


Beliau juga tidak berpuas hati apabila sebaik sahaja kerajaan bersetuju menaikkan harga siling ayam maka bekalan segera pulih dan tidak lagi terganggu seperti sebelumnya.


"Harga ayam pernah kita catat rendah semasa kerajaan PH. Harga diumum oleh Menteri Saifuddin Nasution ketika itu RM5.99 tetapi sekarang melambung lagi.


"Bekalan juga sukar diperolehi. Ada tempat tak ada (ayam) kerana membiarkan sekelompok peniaga, pengeluar mengaut keuntungan terlalu besar.


"Anehnya bila harga siling naik RM9.40 sekilo tidak pula timbul lagi masalah bekalan ayam di pasaran?


"Sebab itu kerajaan perlu dipimpin oleh orang yang ada pendirian. Tidak tunduk kepada pedagang dan penghisap darah," katanya dalam satu siaran media malam tadi.


Anwar tidak menolak selain berlakunya peningkatan kos menternak ayam wujud juga tindakan menyorok bekalan menyebabkan harga naik sebelum ini.


Katanya, jika kerajaan BN - PN mengambil langkah pergi ke pengeluar ayam atau melakukan operasi anti-sorok bekalan maka keadaan akan lebih terkawal.


Beliau juga membawakan pengalamannya ketika menjawat Menteri Kewangan dalam menangani kenaikan harga yang sebenarnya boleh ditangani secara berkesan.


"Bila kita adakan jawatankuasa sebelum hari perayaan, itu di antara tugas pegawai kementerian adalah menyemak pengeluarannya. Bukan ditekan peraih dan peniaga kecil. Ini tidak dilakukan (sekarang).


"Sebab itu kita jangan memilih pimpinan politik yang bercakap berdegar degar tetapi tidak berani menghadapi masalah bila menyentuh pedagang kaya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page