top of page

Harga ayam:Kerajaan Persekutuan mesyuarat panjang apa dia buat? Selangor terus beri subsidi 2.5 Juta



Isu kenaikan harga barang makanan di Johor akan selesai sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Beliau yang juga anak jati Johor berkata, Kerajaan Persekutuan amat tidak cekap bertindak dan hanya mampu menurunkan harga ayam pada harga RM8.90 sekilogram setelah mesyuarat yang panjang, sedangkan kerajaan Selangor berjaya menurunkan harga kepada RM8.00.


"Tentang kenaikan harga barang. Kerajaan Persekutuan apa dia buat? Dia buat jawatankuasa dahulu, bukan nak selesai di peringkat akar umbi.


"Dia tidak selesai apa yang berlaku, sedangkan sistem (harga barang) yang ada bukan baharu. Kita di Selangor, kita tunjuk bagaimana kita tangani harga ayam.


"Kerajaan Selangor keluar duit, belanja RM2.5 juta untuk (subsidi) pastikan harga ayam termurah di Malayia, RM8.00 sekilo.


"Negeri lain tak ada telur, habis bekalan telur. Apa kita buat Selangor bincang, kita bagi subsidi (kepada penternak) pastikan pengeluar telur ayam jangan sampai harga telur RM14 sepapan. Kita pastikan sebahagian lokasi yang kita tetapkan, harga telur RM11.40," katanya.


Dalam pada itu, Amirudin juga memberi amaran kepada rakyat Johor agar tidak mengundi Perikatan Nasional yang ketika ini kononnya menentang rasuah.


Kata Amirudin, PN hanya memperdaya rakyat kerana mereka boleh bersekongkol dengan kleptokrat menubuhkan kerajaan di Putrajaya.


"PN waktu ini mereka jadi jaguh tentang rasuah. Hari ini mereka tentang rasuah, esok mereka (menang) bersama kleptokrat tubuh kerajaan.


"BN pula cakap nak tubuh sebuah kerajaan stabil dan makmur. Sedangkan Johor berlaku ketidakstabilan politik kerana Umno Johor sendiri yang mahu adakan pilihan raya.


"Kita kena beritahu kepada rakyat bahawa perjuangan reformasi masih relevan dan perlu diteruskan. Reformasi tidak mati kerana pengkhianatan (Februari 2020). Dengan muafakat kita bersama, kita akan angkat semula reformasi bermula di negeri Johor," katanya lagi.


Beliau juga menasihatkan pengundi di negeri kelahirannya itu agar tidak takut membuat perubahan kerana negeri yang ditadbir KEADILAN seperti Negeri Sembilan dan Selangor amat stabil. Lebih kuat majoriti yang dimiliki, katanya maka lebih stabil kerajaan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page