top of page

'Harap Selangor catat kejayaan baharu, tunai mandat rakyat'



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan Selangor berharap dapat mencatatkan kejayaan baharu yang lebih baik pada tahun ini selepas merekodkan pelbagai pencapaian membanggakan pada tahun 2023, kata Datuk Seri Amirudin Shari.


Menteri Besar berkata negeri itu berjaya merekod kutipan hasil RM2.7 bilion setakat 31 Disember lalu, melebihi sasaran yang ditetapkan.


"Alhamdulillah, tahun 2023 telah menemukan kita dengan pelbagai peristiwa dan pencapaian yang membanggakan negeri Selangor serta kehidupan penduduknya.


"Ini semestinya kejayaan bersama yang disumbangkan oleh semua. Syabas semua!" ujarnya dalam satu kenyataan.


Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata ekonomi negeri turut berkembang baik melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang meliputi beberapa projek seperti SABDA, IDRISS, SMG, pelabuhan Pulau Carey dan pelbagai lagi.


"Tidak ketinggalan, hal ehwal kebajikan rakyat sentiasa diambil berat oleh pihak Kerajaan Negeri. Jelajah Ehsan Rahmah (JER) membuatkan ramai rakyat memiliki barang asas dengan murah.


"Selangor Saring pula telah membantu ramai warga negeri mencegah penyakit kritikal sebelum keadaan semakin serius," jelas beliau.


Malah kata Amirudin, setiap rakyat negeri ini dilindungi skim takaful dan insurans secara percuma melalui Program INSAN.


"Semua ini antara puluhan inisiatif kebajikan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dengan segala maklumat dimuatkan di www.selangorpenyayang.com," katanya.


Ketika membuat sorotan tahun 2023, Amirudin berkata tahun lalu juga mencatatkan sejarah di mana rakyat Selangor telah memberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan kerja baik dan segala usaha bagi tempoh lima tahun lagi.


"Rakyat Selangor telah memilih rekod pencapaian dan bukan retorika politik sempit yang dangkal.


"Insya-Allah, saya berharap tahun 2024 kita tanamkan azam bersama-sama untuk menjadi lebih baik.


"Selamat Tahun Baru 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi warga Selangor. Semoga tahun ini membawa pelbagai harapan dan kejayaan baharu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page