top of page

Haram undi Suhaizan: Mahiaddin amal politik 'takfiri' - Umar Ali

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 3, 2023
  • 1 min read


Kenyataan pengerusi Perikatan Nasional Mahiaddin Yassin dianggap melampau apabila berkata 'haram' mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi parlimen P161 Pulai, Suhaizan Kayat,


Bagi Naib Pengerusi DAP Johor, Umar Bagharib Ali, kenyataan tersebut mungkin tidak mengejutkan bagi sesiapa yang mengikuti politik 'celupar' Mahiaddin yang sebelum ini dalam kempen Pilihan Raya Umum pernah melabelkan Pas sebagai Parti Ajaran Sesat.


Namun, katanya, label haram mengundi Suhaizan itu hanya akan menjurus kepada budaya takfiri yang merbahaya dalam kalangan umat Islam di Malaysia.


"Yang saya lebih bimbang ialah, politik melabel halal dan haram seperti ini akan menyemarakkan lagi budaya 'takfiri'. Sedangkan politik ialah soal ijtihadi (bukan hukum hakam).


"Contohnya, jika logik mengundi calon selain PN adalah 'haram', apakah pengundi-pengundi yang mengundi PH-BN telah melakukan dosa?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Tegas Omar, implikasi tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin adalah sangat berbahaya kerana boleh membenihkan ekstrimisme


"Ini boleh membantutkan perpaduan rakyat, meruntuhkan demokrasi dan menggugat kekuatan ekonomi Malaysia.


"Selain itu, kenyataan dikeluarkan adalah bercanggah dengan titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu rakyat negara ini tidak menjadikan isu agama sebagai bahan polemik yang boleh menjolok perbalahan politik.


"Saya berharap, PN berpolitiklah dengan mengemukakan tawaran-tawaran dasar dan polisi yang baik untuk rakyat. Itu yang lebih diperlukan untuk Malaysia maju ke depan," katanya lagi.


Mahiaddin mengeluarkan kenyataan haram mengundi Suhaizan itu sewaktu berceramah di Taman Kempas, malam tadi.


Selain itu, beliau juga mendakwa sekiranya PH - BN mendapat kemenangan di Pulai dan memperoleh 2/3 majoriti di Dewan Rakyat maka kononnya persempadanan kawasan pilihanraya akan diubah yang memungkinkan menambah kawasan parlimen etnik Cina dan sebagainya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page