top of page

'Haram undi PH': Majlis Fatwa perlu perbetul keadaan



Pendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin dalam ceramahnya sebelum ini yang mengeluarkan hukum 'haram' mengundi calon Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai, Suhaizan Kayat perlu diulas atau diperbetulkan oleh pihak berkuasa agama.


Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan yang dibuat Mahiaddin itu menjurus ke arah kafir mengkafir kerana mengeluarkan hukum tanpa dasar yang jelas.


"Saya agak terkejut bila datang Johor hari ini, bila ditunjukkan kepada saya tentang kenyataan yang dibuat Muhyiddin Yasin yang menyangkut politik kafir mengkafir, politik takfiri.


"Haram mengundi PH. Saya terkejut, satu ketika dahulu (waktu dalam UMNO) apa dia kata kepada Pas, Pas ini 'Parti Ajaran Sesat'.


"Saya agak bimbang kalau Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri Johor tidak mengambil langkah dan tindakan yang wajar ke atas budaya politik yang dibawa Muhyiddin ini, termasuk dari Pas, ianya sangat merbahaya dan boleh mengundang keadaan yang buruk, bukan sahaja perhubungan masyarakat Islam dan bukan Islam tetapi antara sesama Islam itu sendiri," katanya.


Justeru, Mahfuz menyeru rakyat Johor tidak termakan dengan pendapat songsang Mahiaddin kerana Johor sebelum ini belum pernah mempunyai sejarah politik takfiri dan seharusnya keadaan tersebut dikekalkan.


"Saya terkejut bila Johor dibawa dengan budaya politik seperti ini, dia akan menjadikan keadaan huru hara dalam politik Johor," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page