top of page

Haram undi calon PH: Bolehkah Mahiaddin tunjukkan nas?



Kenyataan pengerusi Perikatan Nasional, Mahiaddin Yasin bahawa 'haram' menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai semalam membuktikan ideologi khawarij moden sedang meresap ke dalam politik negeri Johor yang sebelum ini tenang dan lebih bijaksana.


Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, setiap hukum agama mempunyai kaedah figh dalam memutuskannya dan hendaklah disokong oleh nas yang kuat.


Menjadi persoalan, katanya, adakah politik yang lebih kepada perkara ijtihad boleh dijatuhkan hukum 'haram' kepada sesiapa yang memberikan sokongan.


"(Dalam hal ini) hukum dan nas agama sewenang wenangnya telah dimanipulasi bagi tujuan meraih undi untuk memerangi pilihanraya


"Atas dasar dan kaedah fiqh yang bagaimana digunakan oleh Pengerusi PN itu untuk mengeluarkan hukum haram mengundi calon PH?" tanya beliau dalam satu kenyataan.


Ahmad Nadhir memetik hadis ke 6 di dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi yang menyebutkan:


Dari Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat–yang masih samar–yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, maka ia terjatuh pada perkara yang haram." (HR. Bukhari dan Muslim) Bukhari hadis no. 2051 dan Muslim hadis no. 1599.


Katanya, hadis jelas mengatakan perkara halal itu jelas dan haram juga jelas, perkara di antaranya adalah syubahah.


Manakala dalam kaedah fiqh, sesuatu perkara itu adalah halal kecuali ada nas yang mengharamkan. Begitu juga katanya, sesuatu perkara yang haram mesti datang dengan nas yang jelas.


"Bolehkah Tan Sri Muhyidin Yasin mendatangkan nas yang jelas dan kaedah fiqh yang muktabar bagi membuktikan kenyataan beliau?


"Ternyata sikap bermudah mudah menghukum sesuatu perkara tanpa nas dan kaedah yang betul menjerumuskan seseorang kepada perkara yang samar (syubahah) yang lebih mendekati perbuatan haram sepertimana hadis yang disebutkan.


"Sikap seperti ini selari dengan idealogi takfiri dan khawarij moden yang sewenang wenangnya mengambil dan mengeluarkan hukum agama kepada musuh politik mereka tanpa melalui displin usul fiqh yang betul," katanya lagi.


Ahmad Nadhir mengingatkan agar politik orang Melayu tidak terjerumus ke lembah ekstremisme kerana akan membawa kerosakan yang teruk kepada agama Islam dan masyarakat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page