top of page

Hapus monopoli tidak kurangkan peluang kerja



Kerajaan memberi jaminan keputusan menamatkan monopoli syarikat tertentu tidak akan menyebabkan isu pengurangan tenaga kerja.


Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, jaminan itu dapat diberikan kerana keperluan tenaga kerja terutama berkait kemahiran di negara ini masih tinggi sebaliknya masalah pengangguran berlaku kerana terlalu sikap memilih kerja.


“Kita tidak mahu mana-mana pihak memonopoli mana-mana perniagaan kecuali dalam keadaan-keadaan di mana memang tak boleh elakkan monopoli itu.


“Kalau kita biarkan untuk mana-mana pihak terus memonopoli, akhirnya merugikan rakyat sebab yang monopoli itu selalunya akan mengaut keuntungan yang tinggi,” katanya.


Sivakumar memberi jaminan itu ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan iftar kepada masjid dan surau kawasan Parlimen Batu Gajah.


Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bermula 1 Sept 2024, Puspakom tidak lagi akan menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Langkah menamatkan monopoli itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian dalam kenyataan turut memaklumkan kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.


Semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page