Hapus hukuman mati mandatori: Pastikan hukuman langkaui dendam dan marah - Shamsul



Pemansuhan hukuman mati mandatori sebagaimana diumumkan oleh Menteri Undang Undang Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam merupakan langkah ke hadapan setelah perjuangan panjang masyarakat sivil dan Ahli ahli Parlimen Malaysia.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, perjuangan yang dilalui beliau dan sekumpulan pertubuhan menolak hukuman mati mandatori akhirnya berhasil cemerlang dengan pengumuman kerajaan tersebut.


"Saya mengalu-alukan keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia.


"Ini tentunya merupakan perjuangan panjang sebahagian anggota Parlimen Malaysia yang merasakan hukuman mati mandatori (dalam sesetengah kes tidak sesuai) dan menggantikan dengan hukuman yang lain," katanya.


Tegas Shamsul, dengan pemansuhan berkenaan maka hakim bebas untuk menggantikan hukuman mati kepada bentuk hukuman lain yang difikirkan sesuai dalam kes kes tertentu.


Hal itu juga, kata Ketua Penerangan KEADILAN pusat itu, membolehkan hukuman yang dijatuhkan melangkaui perasaan dendam dan marah serta tidak lagi akan menghadapi protes rakyat.


"Seingat saya seawal 25 Julai 2017 lagi, sewaktu perbincangan meja bulat anggota Parlimen Malaysia mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori saya telah menyatakan dengan tegas bahawa sebagai Ahli Parlimen, kita perlu memainkan peranan untuk memastikan sesuatu hukuman itu melangkaui perasaan dendam dan marah yang terlampau," katanya.


Shamsul adalah antara Ahli Parlimen terawal memperjuangkan pemansuhan hukuman mati dan terlibat dalam perjumpaan di Parlimen Malaysia pada 2017 lalu.


Beliau menganggotai Parliamentarians for Global Action (PGA) yang bersama sama Ensemble contre la peine de mort (ECPM), the Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) dan beberapa pertubuhan lain yang disokong oleh Suruhanjaya Eropah dan Australia


Persidangan 5 tahun lalu itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kula Segaran, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Seri Azalina Othman Said serta beberapa yang lain. Juga perwakilan dari negara ASEAN, Australia, Eropah dan lain lain.


Ungkapan Shamsul yang terpahat pada laman web Parliamentarians for Global Action merujuk perjuangan memansuhkan hukuman mati mandatori itu ialah - “As parliamentarians, we have a role to play to go beyond vengeance”.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER