top of page

Hapus AP libat 5 jenis makanan sahaja, bolehkah turunkan harga?



Penyelesaian popular yang diambil pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap kenaikan harga bahan mentah makanan dengan menghapuskan permit import (AP) belum tentu membuahkan hasil positif.


Bagi mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin, tindakan menghapus AP import makanan itu lebih kepada menaikkan populariti kerajaan tetapi harga sebahagian besar bahan makanan dijangka tidak turun


Hal itu, katanya AP melibatkan 5 jenis bahan mentah sahaja sedangkan kenaikan harga bersifat menyeluruh.


"Bagi rakyat biasa ia amat popular, tapi sebenarnya ia tidak membawa kesan yang banyak.


"AP makanan hanya melibatkan kobis bulat, kelapa tua, susu cair, keratan ayam dan beras


"Pemansuhan AP import ini tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan 5 jenis makanan.


"Kerajaan harus memahami dengan lebih dalam industri pertanian negara dan rantaian makanan," katanya.


Menurut Jurucakap Parlimen Hal Ehwal Pertanian dan Komoditi KEADILAN itu lagi, punca sebenar kenaikan harga kerana negara terlalu bergantung kepada import bahan makanan dan tidak cuba menanam sendiri makanan yang sesuai dengan iklim negara.


"Malaysia mengimport RM55 bilion makanan pada tahun 2020. Apabila harga makanan antarabangsa naik, maka harga makanan Malaysia juga naik kerana kita import.


"Apabila ringgit jatuh ke paras RM4.40 berbanding $1 dollar Amerika, harga makanan naik kerana kita bayar negara pengeluar dalam dolar.


"Kebergantungan keterlaluan terhadap import makanan inlah punca utama harga makanan naik," katanya.


Sehubungan itu, Sim menyarankan kerajaan meningkatkan kapasiti negara untuk mengeluarkan bahan makanan memenuhi keperluan 32 juta rakyat dan tidak lagi bergantung kepada import.


"Ini dipanggil kedaulatan makanan (food sovereignty).


"Food sovereignty bertujuan meningkatkan kapasiti petani, nelayan dan penternak kecil dan sederhana dalam negara untuk memenuhi keperluan makanan setempat.


"Dasar memansuhkan AP walaupun nampak popular, tapi tidak akan menyelesaikan masalah kos makanan jika kerajaan tidak meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan para petani, nelayan dan penternak domestik," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page