'Hanya satu Wanita KEADILAN' - Fadhlina Sidek



Usai Pemilihan KEADILAN 2022 tiada lagi pasukan, kem atau kabilah dalam Wanita KEADILAN.


Hal itu ditegaskan oleh Ketua Wanita KEADILAN yang baharu, Senator Fadhlina Sidek dalam ucapan penutup Kongres Wanita KEADILAN di IDCC, Shah Alam.


Menurut beliau, selepas ini hanya ada satu Wanita KEADILAN yang akan berpadu tenaga menggempur BN - PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Saya mohon kepada semua untuk kami diberi mandat yang tidak berbelah bahagi. Sebagaimana disebutkan oleh YB Fuziah Salleh ini bukan pasukan 'Wanita Perlu Lagi' atau 'Wanita Nadi Keadilan'.


"Ini adalah 'sewanita'.


"Ini adalah pasukan yang akan merempuh PRU 15 akan datang. Jadi saya mohon puan puan berikan sepenuh sokongan kepada mereka. Terimalah ini pasukan yang terbaik untuk wanita dalam tempoh 3 tahun akan datang," katanya.


Ucapan itu juga menandakan bermulanya kepimpinan Fadhlina dalam Wanita KEADILAN mengambil tampuk daripada Ketua Wanita yang dilantik, Fuziah Salleh, sebelum ini.



Fadhlina bersama barisan Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN yang baharu



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER