top of page

Hanya mimpi Umno mampu mengubah kemajuan Selangor lebih baik - AMK Gombak



Kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak kononnya Umno mampu mengubah kemajuan negeri Selangor kepada lebih baik dalam Konvensyen BN Selangor kelmarin merupakan retorik tidak berjejak di bumi nyata.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak, Muhammad Husaini Mohd Yunos, sejak merdeka UmnoBN telah pun memerintah Selangor selama 50 tahun namun kerana kemajuan yang tidak menjaga kebajikan rakyat menyebabkan parti itu dikalahkan oleh Pakatan Harapan pada 2008.


Oleh itu, beliau menasihatkan Najib agar menyemak semula fakta kejayaan pertadbiran Pakatan Harapan di Selangor sebelum berangan angan mahu merampas negeri tersebut.


"Sebagai contoh, selepas PH mentadbir Negeri Selangor pada tahun 2008 pelbagai Inisentif Kebajikan Rakyat telah dilancarkan seperti air percuma, Skim Mesra Usia Emas dan pelbagai inisentif lain yang berjaya .


"Hasil pendapatan Selangor juga terus meningkat. Simpanan daripada RM400 juta ketika pentadbiran Menteri Besar Khir Toyo melonjak hingga lebih RM2 bilion pada pentadbiran PH.


"Dengan peningkatan hasil negeri maka penambahan inisentif kepada rakyat turut rancak, termasuklah bantuan anak ke universiti, bantuan pinjaman peniagaan kecil (Hijrah) dan skim sewa beli rumah yang dinikmati sebahagian besar penduduk," kata Husaini dalam satu kenyataan.


Selain itu, katanya, negeri Selangor juga adalah penyumbang utama KDNK Malaysia sekitar 27% tahun lalu. Hal itu, katanya merupakan bukti kepercayaan pelabur terhadap pentadbiran di negeri Selangor di bawah PH.


Malah selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari juga merupakan negeri pertama yang membentangkan Rancangan Selangor 1 (RS 1) di Dewan Negeri Selangor.


"RS-1 adalah langkah 5 tahun ke hadapan perancangan pembangunan demi kerancakan ekonomi negeri yang lebih stabil.


"Justeru, AMK Gombak mengajak seluruh rakyat Selangor untuk sama sama mempertahankan kemenangan PH pada PRU 15 ini dan terus mengekalkan BN di kerusi pembangkang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page