Hanya KEADILAN wakili semua, MIC, Gerakan wakili kaum masing masing




Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diperingatkan agar menyokong KEADILAN pada 12 Mac ini kerana parti lain mewakili kaum masing masing.


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, MIC atau Gerakan hanya akan wakili kaum India dan Cina biar pun dinaungi BN dan PN.


"Beza parti kita dengan parti lain ialah saya bukan saja mewakil masyarakat Tionghua, saya bukan saja minta lebih banyak sekolah Cina, minta biasiswa Cina tetapi dalam kerjaya politik, saya banyak membela setinggan yang dihalau pemaju besar. Parti KEADILAN bukan sahaja berbilang kaum tetapi kita membela nasib semua orang.


"Separuh pengundi Bukit Batu ini adalah masyarakt Melayu. BN, PN dan lain lain mereka menjalankan politik perkauman. Mereka mewakili Cina sahaja. KEADILAN tidak. Wakil bangsa Melayu kena bela India di estet. Mereka bukan bela satu kaum tetapi semua kaum.


"Pengundi Bukit Batu kena fikir siapa yang wakili semua. Tidak ada parti lain selain KEADILAN. Kita ingatkan masyarkat, kita tidak wakili kaum masing masing tetapi rakyat marhaen," katanya dalam ceramah di Felda Bukit Batu, malam tadi.


Menurut Tian lagi, sekiranya Arthur Chiong Sen Sern menang di DUN Bukit Batu maka semua rakyat terutama golongan marhaen akan dibela.


Katanya, kehidupan peneroka Felda turut akan diambil berat dan kebajikan mereka akan terjaga.


"Lihat 2 tahun PKP apa terjadi, rakyat begitu banyak masalah. Kita tak sangka negara kaya ini ada rakyat naik bendera putih minta makan.


"Kerajaan dipilih rakyat sepatutnya menjaga kebajikan orang miskin, jaga peneroka tetapi sebaliknya ada segelintir manusia yang anggap kuasa itu mutlak untuk cari kekayaan.


"Saya tak berniat kutuk orang Umno, Pas sebab mereka tak bertanding. Yang bertanding (di Bukit Batu) MIC dan Gerakan. Mereka tidak ada rekod kerana parti ini ditubuhkan untuk jaga kaum masing masing.


"Adakah kita mahu parti perkauman ini atau membuat pendirian yang berani untuk sokong PH yang boleh jaga kebajikan semua?" katanya lagi.


Tian berharap seluruh pengundi Johor membuat kejutan pada 12 Mac nanti mengangkat KEADILAN dan Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu di Kota Iskandar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER