top of page

Hanya era PMX SPRM berani siasat kes rasuah VVIP - Mahfuz

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 2 min read

Penentangan anak muda terhadap sosok Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) berkenaan isu rasuah mungkin kerana tiada kajian mendalam mengenai kes kes rasuah di Malaysia.


Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, sekiranya anak muda yang berhimpun dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 membuat sedikit kajian maka mereka akan mendapati hanya pada era PMX kes kes rasuah yang melibatkan VVIP seperti tan Sri, Datuk Seri dan Tun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bagaimanapun Mahfuz tetap menghormati sikap mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum ini yang berani bangkit menyuarakan ketegasan membenci dan menolak rasuah.


Ujarnya, Anak muda yang peduli soal integriti negara adalah aset penting dalam membina masa depan Malaysia yang bersih, telus dan bertanggungjawab.


"Namun dalam semangat melawan kebejatan rasuah, kita juga perlu berhati-hati agar tidak tersasar dalam menyalahkan pihak yang sebenarnya sedang membuka laluan kepada keadilan (membicarakan perasuah).


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak melindungi rasuah dan perasuah. Malah beliau dengan jelas memberi ruang dan kebebasan sepenuhnya kepada agensi penguatkuasaan seperti SPRM, PDRM (polis) dan AGC (Peguam Negara) untuk bertindak secara profesional dan tanpa campur tangan politik," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, kata Mahfuz, hanya pada era PMX kes dua puluh atau tiga puluh tahun lalu yang ‘dibekukan’ oleh kerajaan terdahulu kembali disiasat.


Dalam hal perolehan atau tender kerajaan pula, kata beliau, PMX menegaskan amalan tender terbuka dan integriti perolehan.


"Jadi kenapa kemarahan perlu ditujukan kepada seorang perdana menteri yang memberi laluan kepada SPRM dan agensi penguatkuasaan bertindak tanpa halangan serta memerdekakan mahkamah dan kehakiman negara?


"Anak muda mesti kekal adil dalam menilai. Marahkan perasuah, marahkan sistem lama yang penuh ketirisan. Tetapi jangan pukul sama rata hingga kita membiarkan kerajaan bersendirian membina jalan perubahan.


"Saya menyeru mahasiswa dan anak muda seluruh negara untuk terus kritikal, tetapi adil. Terus bersuara, tetapi jangan membiarkan ada pihak lain seperti mereka yang terlibat dalam kes Janawibawa mengambil kesempatan memperalat suara anak muda menjadi agenda politik mereka.


"Langkah mereka ini hanya mahu melemahkan keyakinan rakyat kepada reformasi yang sedang berjalan," katanya lagi.


Oleh itu, Mahfuz berharap anak muda terus bangkit menentang rasuah dengan lebih berilmu dan mempamerkan penentangan terhadap pelaku rasuah, bukannya pemimpin yang membuka jalan membanteras rasuah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page