Kerajaan Perpaduan biar pun sering dikritik oleh pembangkang namun telus dalam menyiasat skandal kewangan yang telah bertahun tahun dibiarkan dan hampir dilupakan rakyat.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, penyiasatan dijalankan Suruhanaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas pihak yang dinamakan dalam Pandora's papers merupakan bukti Kerajaan Perpaduan anti rasauah.
"Jika diminta saya berikan satu sebab mengapa saya sokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim walaupun kadang kala saya turut menegur?
"Jawapannya kerana SPRM sekarang sedang menyiasat mereka yang terlibat dalam pendedahan Pandora's papers.
"Masa PM Ismail Sabri, SPRM tak siasat. Nak bincang dalam Dewan Rakyat pun Speaker tak bagi. Masa Anwar Ibrahim dah jadi Perdana Menteri, barulah SPRM dapat keberaniannya semula untuk siasat isu Pandora's papers.
"Kalau ini bukan dianggap satu reformasi ataupun konsep pemerintahan Madani, maka kepada kawan kawan dalam Perikatan Nasional, saya tak tahulah macam mana lagi nak cakap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kata Hassan, SPRM hendaklah menyiasat dengan rapi tuduhan yang melibatkan nama nama utama dalam politik Malaysia didakwa membawa lari wang keluar negara.
Katanya, terdapat bekas Perdana Menteri (PM), bekas Timbalan PM, bekas Menteri Kewangan, bekas Ketua Menteri dan ahli keluarga mereka yang disenaraikan dalam kertas tersebut.
Bukan semua individu itu bersalah kerana katanya, Pandora's papers lebih kepada 'dengar cakap' dan tidak disertakan bukti konkrit.
"Taraf dokumen Pandora's papers itu masih dianggap hearsay atau dengar cakap. Kalau di mahkamah kebenaran kandungan tertulis dalam Pandora's papers itu perlu dibuktikan.
"Kalau gagal maka penerbit Pandora's papers itu telah melakukan fitnah.
"Jadi SPRM Malaysia perlu bersihkan nama-nama tokoh Malaysia yang disenaraikan dalam Pandora's papers.
"Perlu siasat segera. Jika mereka bersih, maka umumkan mereka bersih.
"Jika mereka tak bersih dan benar kumpulkan harta di luar negara dan lari dari cukai, maka tindakan pendakwaan perlu segera dibawa ke mahkamah," katanya.
Untuk siasatan ke atas Pandora's Papers, Hassan memberi tabik hormat kepada PM Datuk Seri Anwar kerana beliau melaksanakan kata kata ketika masih bergelar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dahulu.
Comments