top of page

'Hanya dengan PN orang Melayu bersatu, khurafat paling besar'



Perpaduan dan penyatuan antara kaum dalam negara telah pun setahun berlaku dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan.


Malangnya PN menerbitkan dakyah kononnya orang Melayu hanya boleh bersatu di bawah gabungan itu sedangkan mereka telah diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk bersatu bersama Pakatan Harapan usai Pilihan Raya Umum ke 15 lalu tetapi ditolak.


Hal itu dibangkitkan dalam ucapan di Majlis Perasmian Konvensyen Parti AMANAH Negara Negeri Selangor 2023 oleh Naib Presiden, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, hari ini.


Tegas Mujahid, rakyat Malaysia tidak seharusnya mengambil serius mengenai agenda bersatu PN kerana perkara itu telah tidak lagi relevan.


"Peluang telah diberi kepada mereka. Sebab itu hari ini PN atau Pas tak boleh nak bercakap soal agama, bangsa. Tak boleh nak cakap orang Melayu kena bersatu. Sekarang dia ada penasihat (Tun Mahathir). Orang dah bentuk Kerajaan Perpaduan 6 bulan dia baru nak buat deklarasi perpaduan orang Melayu.


"Apabila kita membentuk Kerajaan Perpaduan kita juga telah membentuk satu perpaduan bukan saja rakyat Malaysia tetapi sesama orang Melayu Islam yang merupakan tonggak kepada negara ini. Kita telah membuktikan kita boleh bersatu.


"Jadi kalau Pas, PN mereka masih lagi nak bercakap soal perpaduan Melayu, soal Islam, tuan tuan pekakkan lah saja," katanya.


Menurut Mujahid, peluang telah diberi oleh hierarki tertinggi negara, penjaga Melayu dan agama Islam pada 2 hari selepas Pilihan Raya Umum lalu itu tidak wajar ditolak, dan apabila telah ditolak maka tidak perlu PN terus meratib mengenai penyatuan Melayu.


"Tak ada orang paling hebat kedudukan Islam dan Melayu (selain Agong) memberi nasihat.

"Sepatutnya Pas dan Bersatu menerima nasihat daripada Agong untuk bersatu.


"Tetapi mereka telah memilih jalan menolak perpaduan ini. Saya ingatkan kepada Bersatu, Pas, jangan kalian ingat orang Islam, Melayu hanya boleh bersatu dengan kamu sahaja. Dengan kamu sahaja Islam dan Melayu itu dimartabatkan," katanya.


Menurut Mujahid lagi, penyatuan Melayu hanya dengan Pas dan Bersatu selepas ini hendaklah dianggap oleh orang Melayu sebagai khurafat paling besar yang perlu mereka tentang habis habisan.


"Jangan ingat nak bersatu, hanya dengan Bersatu, Pas baru jadi. Ini khurafat paling besar kena lawan


"Apa mereka ingat Islam dan Melayu hanya dengan mereka boleh terbela," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page