top of page

Hanya 1.38% warga emas berdaftar untuk vaksin, Rina gagal sebagai menteri KPWKM?


Jumlah terbaharu warga emas yang berdaftar untuk memperolehi suntikan vaksin Covid 19 tidak sampai 2% daripada jumlah keseluruhan menimbulkan tanda tanya mengenai keseriusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menjaga kebajikan golongan berkenaan.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, KPWKM yang diterajui Datuk Rina Harun dan Timbalannya Datuk Siti Zailah sewajarnya bertanggungjawab membela nasib 3.5 juta warga emas, khususnya di 1,700 buah Pusat Penjagaan Warga Emas.


"Namun, KPWKM pada 17 Mei lalu berkata seramai 48,564 warga emas dikemukakan oleh kementerian itu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menerima vaksin Covid-19.


"Anggaran tersebut sebenarnya hanya mengulangi kenyataan Rina pada 24 Februari yang meminta MOSTI memberikan keutamaan kepada senarai tersebut. KPWKM sepatutnya meberikan status kemas kini perkembangan jumlah pemvaksinan kumpulan warga emas ini selepas satu bulan Program Imunisasi Fasa 2 dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ker Chean lagi, dengan fakta itu, KPWKM hanya dapat memastikan 48,564 daripada jumlah 3.5 juta warga emas di seluruh negara (angka daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2020) iaitu 1.38% berdaftar dengan Program Imunisasi Covid-19, dengan status penerimaan suntikan yang masih tidak menentu


Katanya, sebelum ini persatuan pengendali rumah jagaan orang tua menerusi setiausahaya, Muntoh Fong mendedahkan bahawa terdapat 1,700 buah Pusat Penjagaan Warga Emas di seluruh negara.


Hal itu bermakna, KPWKM cuma memantau 22% daripada pusat penjagaan warga emas kerana hanya 382 daripada 1,700 buah Pusat penjagaan warga emas tersebut berdaftar dengan kementerian.


"Persoalan saya adalah, siapakah yang akan memantau dan membantu mereka yang tidak berdaftar bawah KPWKM?


"Saya juga merujuk kepada kenyataan Rina pada 24 April bahawa 9,916 warga emas di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin dalam 9 hari sejak 16 April.


"Dengan kadar yang begitu, mustahil kita boleh mencapai 80% warga emas di negara ini menerima suntikan vaksin dalam 4 bulan. Apakah tindakan susulan akan diambil bagi mencapai matlamat itu?


"Saya memohon penjelasan daripada Rina dalam 48 jam tentang isu ini. Beliau perlu membuktikan bahawa KPWKM di bawah pimpinan beliau sentiasa memantau situasi semasa berkaitan Program Imunisasi Covid-19 kepada Fasa Kedua kumpulan sasar kementerian dan membuktikan beliau tidak menjadikan jawatan Menteri sebagai pekerjaan sampingan.


"Jika tidak, Rina gagal teruk sebagai seorang menteri," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page