top of page

Hantaran palsu: MCMC ambil keterangan ADUN Gunung Semanggol



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria semalam, atas hantaran yang didakwa bersifat palsu dan jelik yang dimuat naik di akaun Facebook "Haji Razman Zakaria".


MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, pasukan penguatkuasa agensi itu turut mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook berkenaan dan menyita kelengkapan komunikasi milik pentadbir akaun tersebut, iaitu satu unit telefon bimbit dan satu unit kad sim yang digunakan bagi membantu siasatan.


"Hantaran yang dimaksudkan itu melibatkan beberapa isu sensitif berbaur perkauman termasuk isu kibaran bendera negara asing ketika perarakan sambutan 'Malaysia Guang Ze Zun Wang Cultural Festival 2024', baru-baru ini.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang pembuatan dan penghantaran komen atau komunikasi yang antara lain, bersifat mengancam, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.


"Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," kata MCMC.


Sehubungan itu, MCMC mengingatkan masyarakat supaya sentiasa cakna dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam terutamanya isu 3R.


Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page