top of page

Hantar memorandum ke istana tidak setuju darurat - Mustapha Mansor



Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia mahu kesedaran wujud di negara ini dari peringkat istana sehinggalah rakyat jelata betapa perlunya perisytiharan darurat ditolak.


Menurut koordinator Memorandum Rakyat, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, gabungan 100 NGO itu kini berusaha membangunkan naratif agar semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada pihak yang mengingkarinya, sebagaimana amalan negara-negara demokrasi bertamadun yang lain.


"Kita bangunkan di kalangan rakyat naratif untuk menghormati Perlembagaan negara. Menjunjung tinggi Rukun Negara. Kita juga tidak melupakan institusi Raja Berperlembagaan.


"Namun di waktu yang sama kita lihat ketika berlakunya kudeta sebahagian rakyat merasakan tak ada masalah. Betulkah berlaku rampasan kuasa? Persoalan yang asas ini sahaja di kalangan rakyat tidak jelas," katanya dalam forum maya bertajuk 'Gerakan Massa Merubah Politik Negara' malam tadi.


Bagi membina naratif tersebut, menurut Mustapha, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat telah menghantar tiga siri memorandum ke Istana Negara.


Dengan memorandum siri 3 turut dihantar ke kesemua Raja-raja Melayu bagi merayu mempertimbangkan agar darurat ditarik balik.


"Memorandum pertama kita nyatakan pendirian tentang rakyat tidak bersetuju perisytiharan darurat.


"Kemudian memorandum kedua kita bawa naratif ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong dan sehari berikutnya keluar kenyataan dari istana menyatakan Duli Yang Maha Mulia akan bertemu ketua-ketua parti politik, termasuk Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan lain-lain. Itu diketahui umum.


"Kita hantar memorandum kedua dengan harapan pihak Istana memenuhi janji itu


"Memorandum ketiga pula kita hantar dengan harapan pihak istana lebih serius (menilai kembali) isu darurat yang pada awalnya (Majlis Raja-raja) tidak bersetuju.


"Malah (kita beritahu) darurat ini menimbulkan panik di kalangan pelabur, rakyat dan sebagainya," katanya.


Sehubungan itu, Mustapha yang juga Timbalan Presiden Otai Reformasi mengharapkan kesedaran dalam kalangan rakyat akan memudahkan mereka membuat keputusan dalam waktu mendatang mengenai siapakah yang harus diutamakan sebagai kerajaan.


Di samping terus mendidik rakyat bahawa Malaysia masih kekal dengan asas demokrasi yang menjamin hak bersuara, berhimpun dan mengkritik. Justeru rakyat tidak perlu panik dalam suasana darurat.




0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page