top of page

Hantar laporan sumbangan penjawat awam kepada KSN - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan agar mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan sesuatu projek kerajaan.


Perdana Menteri berkata laporan tersebut perlu dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum ia dimaklumkan kepada beliau.


"Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.


"Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza," katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Putrajaya hari ini.


Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Zuki.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap kementerian dan agensi perlu menggunakan pendekatan berbeza dan lebih berani dalam melaksanakan projek.


"Saya yakin, insya-Allah kerajaan kita stabil. Oleh sebab stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita," katanya.


Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan pentadbirannya akan meneruskan dasar lama yang memberikan manfaat kepada semua pihak tetapi perlu kepada perubahan pendekatan.


Jelasnya perkara itu seperti kaedah rundingan terus yang tidak lagi akan diamalkan pentadbirannya.

"Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna," kata Anwar.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page