top of page

Hantar bantuan ke Gaza: Usaha PMX realistik, naikkan nama Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 21
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Inisiaitf Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dipuji kerana mengusahakan pendekatan lebih realistik dalam misi kemanusiaan ke Gaza dalam misi bantuan “Sumud Nusantara” yang dilancarkan baru-baru ini dan sekali lagi diulangi beliau agar rejim Israel tidak mengganggu usaha tersebut dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam yang diharinya di Doha, Qatar.


Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan (gambar) berkata, inisiatif penghantaran bantuan menggunakan laluan laut dengan peruntukan pakej RM24 juta melalui aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman wajar disokong semua pihak, termasuklah pembangkang.


"Pertama sekali kita ucapkan tahniah kepada PMX kerana mengusahakan pendekatan realistik ini.


"Kepada pembangkang, kalau tidak mampu melakukan sesuatu, jangan pula menunjukkan keburukan dengan menentang apa yang baik.


"Tindakan ini sepatutnya diiktiraf, bukannya diperlekeh," kata Aminolhuda kepada Suara Keadilan.


Menurut Aminolhuda, inisiatif Perdana Menteri itu membuktikan kesungguhan Malaysia dalam membawa suara rakyat antarabangsa untuk memastikan bantuan sampai kepada penduduk Gaza yang terus berdepan penindasan.


Pengerusi AMANAH Johor itu berkata, kenyataan Anwar pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar baru-baru ini yang menempelak pihak antarabangsa, termasuk negara-negara yang hanya melaungkan demokrasi, namun dalam isu Gaza bersikap sebaliknya juga menaikkan imej Malaysia sebagai negara Islam berkecuali.


"Kekejaman yang dilakukan adalah di luar batas kemanusiaan, sangat buruk kepada negara-negara yang dianggap sebagai negara demokrasi, atau peneraju kepada demokrasi.


"Mereka kena sedar bahawa mereka sebenarnya telah hipokrit dengan kata-kata demokrasi - kononnya mereka peneraju demokrasi, tetapi mereka sebenarnya berhati binatang yang bertopengkan manusia," tegas Aminolhuda.


Dalam pada itu katanya, rakyat Malaysia diseru agar mendoakan keselamatan negara, pemimpin serta peserta misi Sumud Nusantara, selain menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati terhadap rakyat Palestin.


"Kita harap semua pihak, khususnya rakyat Malaysia, sama-sama mendoakan kesejahteraan peserta misi agar pergi dan pulang dengan selamat," ujarnya lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page