top of page

Hampir RM40 juta disediakan untuk mangsa bencana - KPWKM



Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan peruntukan RM39.9 juta bagi memastikan keperluan terutama makanan kepada mangsa banjir.


Datuk Seri Noraini Ahmad di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, peruntukan itu membabitkan RM12 juta di peringkat Persekutuan dan RM27.9 juta bagi peringkat negeri termasuk peruntukan bagi depoh simpanan barangan asas


"Kita sediakan barang keperluan asas seperti khemah, tikar, dan selimut dan waktu yang sama kita siapkan juga bekalan pek makanan ataupun makanan bermasak ataupun retort.


"Kita juga siapkan barangan keperluan khas terutamanya kepada golongan OKU (Orang Kurang Upaya), warga emas, wanita, kanak-kanak dan makanan kering. Ini terutamanya untuk diberikan di kawasan yang terputus hubungan," kata Noraini yang juga Timbalan Menteri KPWKM dipetik.


Mengulas mengenai kesiapsiagaan kementerian itu menghadapi fenomena Monsun Timur Laut (MTL), beliau menjelaskan lebih 5,637 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digerakkan termasuk 1,047 orang terdiri daripada psychological support team


Selain itu terdapat 6,073 sukarelawan agensi pusat itu digerakkan bagi membantu mangsa.


Sementara itu Noraini turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa JKM sedang menyediakan satu kertas dasar berhubung pemberian insentif kepada sukarelawan yang terlibat dalam bantuan bencana di negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page