top of page

Hampir RM12 juta diperuntuk perkasa pendidikan di Negeri Sembilan



Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan KEADILAN memperuntukkan RM11.8 juta untuk memperkasa sektor pendidikan pada tahun ini.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukan itu yang diumumkan melalui Belanjawan 2024 lalu termasuklah bagi Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM900,000, Biasiswa Anak Negeri RM800,000, Bantuan Sekolah Tahfiz dan Swasta RM2 juta dan Program Fast Track Lepasan Tahfiz RM500,000.


Selain itu ia juga bagi membantu meringankan beban pelajar universiti dari negeri itu.


"Bagi anak-anak Negeri Sembilan di universiti yang kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menawarkan bantuan sara hidup sebanyak RM150 sebulan.


"Sekiranya anak-anak ini memerlukan komputer riba untuk penjagian mereka, YNS juga menawarkan komputer riba percuma mengikut spesifikasi atau keperluan bidang pengajian mereka.


"Bagi siswazah cemerlang kelas pertama, YNS juga memberikan insentif sebanyak RM5,000," katanya dipetik di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah bagi tahun 2022/2023.


Pada ucapannya juga Aminuddin menggesa alumni sekolah membantu sekolah tersebut dalam aspek yang memerlukan.

"Jangan hanya serahkan pembangunan pendidikan kepada kerajaan sahaja," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page