top of page

Hampir 20,000 hadiri Majlis Ilmu Madani bersama PM



Hampir 20,000 umat Islam terutama dari Lembah Klang menghadiri Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra di Putrajaya, malam tadi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Putra sekitar jam 7.20 malam bagi menghadiri Majlis Ilmu Madani yang bermula sejak pukul 6 petang Jumaat.


Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu disambut dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir, Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Muhammad Salim Ben Hafidz.


Dr Ali Juma'ah memberikan tausiyah, DS Anwar mencatat isi penting mengenai pentadbiran Madani

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli program bacaan maulid dan diisi dengan beberapa program utama termasuk perkongsian khas oleh beberapa tokoh-tokoh ulama.


Sementara itu, Anwar pada ucapannya berkata program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir untuk bersama-sama mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.


"Dalam mukadimah mengatakan inilah maksud negara Madani, kembali kepada asas, menjadikan masjid sebagai pangkalan dari segi ibadah serta ilmu, dan meletakkan semua dasar pendidikan, ekonomi, dengan semangat ihsan dan berakhlak serta amanah supaya benar-benar mengangkat martabat dan darjat umat.


20,000 hadirin, mencatat rekod sebagai ceramah agama paling ramai dihadiri khalayak

"Bagi rakan-rakan bukan Islam, semangat dan nilai yang dipupuk, akhlak yang ditekankan, ihsan dan rahmah itu akan menjadikan Malaysia ini negara yang berpaut pada Islam tetapi cuba menyantuni semua sebagai kaum keluarga yang boleh bersama-sama secara aman dan penuh hikmah mengangkat martabat, darjat, harakat umat dan bangsa," katanya.


Majlis diteruskan dengan penyampaian tausiyah oleh Syeikh Dr Ali Juma'ah dan Habib Umar.


Usai penyampaian tausiyah berkenaan, Perdana Menteri bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan majlis pada kira-kira jam 9.30 malam.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page