top of page

HalSTEM perkasa huffaz, buka laluan ceburi bidang sains

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib
Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib

Program Halal berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (HalSTEM) wajar diperluas ke sekolah agama, tahfiz dan madrasah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pendedahan teori dan praktikal itu langkah penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar menceburi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Pendekatan itu juga tegasnya juga mampu melahirkan agamawan yang mempunyai kepakaran sains dan teknologi selain ilmu agama.


"Kita melihat potensi anak-anak yang menghafal al-Quran, para huffaz, sekiranya diberikan ruang dan peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang sains, mereka pasti mempunyai potensi yang sangat baik.


"Madrasah dan tahfiz juga memerlukan sokongan sektor swasta dan universiti untuk membantu mengembangkan bakat mereka," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani MoU antara Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Nestlé Malaysia serta pelancaran HalSTEM pada Khamis.


Program itu bertujuan memperkukuh pendidikan dan kemahiran halal serta STEM melalui pendedahan praktikal dan pengalaman industri kepada pelajar.


Ia juga sebahagian usaha membangunkan ekosistem halal merangkumi kesedaran pengguna, pembangunan bakat, pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kemajuan bidang logistik halal serta rantaian bekalan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page