top of page

Halim tawar 3 fokus utama mantapkan KEADILAN Ampang



Calon Ketua Cabang KEADILAN Ampang, Abdul Halim Mohamed Yusof menawarkan 3 fokus utama untuk mengembalikan kegemilangan KEADILAN di Ampang sekiranya menang.


Menurut beliau yang merupakan orang lama sejak era Reformasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua AMK Ampang Jaya serta Setiausaha Ampang Jaya, sedikit pengalaman yang ada akan dimanfaatkan bagi memperbaiki gerak kerja di peringkat cabang berkenaan yang kelihatan luntur selepas penyandang terdahulu meninggalkan parti pada 2020.


"Saya, Abdul Halim Yusof, calon No 4 mungkin bukan calon terbaik dari semua calon yang ada. Namun bersama-sama rakan sepasukan, beraspirasi memberi khidmat terbaik dalam menjayakan agenda reformasi parti.


"Saya akan menumpukan kepada kepada tiga perkara utama meliputi, Pertama, kembali ke prinsip dan asas perjuangan, Kedua kebajikan dan kesejahteraan saudara seperjuangan dan Ketiga, Kebangkitan saf pelapis yang jitu idealisme perjuangan bagi memantapkan parti," katanya.


Halim yang pernah menjadi Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN sejak 2005 - 2010 berharap akan dapat memanfaatkan pengalamannya bagi menyatukan parti selepas pemilihan.


Beliau juga berjanji akan menubuhkan Biro Kebajikan, Rekreasi dan Sukan di Cabang Ampang bagi menggerakkan aktiviti kebajikan kepada penduduk dan aktiviti sukan serta riadah anggota KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page