top of page

'Halang usaha tukar kerajaan sebelum akhir penggal' - Puad Zarkashi



Pertukaran kerajaan sehingga akhir penggal perlu dihalang demi kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara.


Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata, Malaysia tidak boleh membenarkan pertukaran kerajaan separuh jalan sebelum tiba waktunya diadakan Pilihan Raya Umum PRU ke-16.


Beliau berpendapat, Umno yang menjadi sebahagian daripada kerajaan ketika ini boleh memberikan kerjasama demi rakyat.


Puad berkata demikian mengulas isu apakah kemungkinan BN dan PN bergabung membentuk kerajaan sekiranya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mengetuai barisan pembangkang.


"Isu PN dan BN bergabung jika Bersatu tidak lagi dipimpin oleh Muhyiddin adalah mengarut.


"Muhyiddin dan Hamzah Zainudin sama sahaja, kedua-duanya suka 'tikam belakang'," katanya dipetik Malaysiakini.


Puad yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu berkata tidak timbul isu BN boleh bekerjasama dengan PN untuk mengambil alih Putrajaya jika usaha dilakukan menggantikan kepimpinan Bersatu dan PN daripada Muhyiddin kepada Hamzah Zainuddin.


"Gabungan BN - PN membentuk kerajaan baru sudah tidak lagi relevan. Tidak perlu difikirkan. Ia membuang masa," sinis Puad.


Terdahulu, sebuah portal berita memetik dari sumber yang tidak dinamakan mendakwa tanpa Muhyiddin menjadi pemimpin PN, peluang untuk PN bekerjasama dengan BN mungkin berubah menjadi lebih cerah.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page