top of page

Halang ahli Parlimen langgar perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara


Halangan yang dilakukan oleh pasukan polis terhadap 107 Ahli Parlimen yang ingin masuk ke bangunan Parlimen semalam melanggar perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara.


Majis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menegaskan hal itu dalam satu kenyataan.


Menurut mereka, Parlimen ketika ini masih berada dalam Penggal ke-3 dan menjadi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen untuk menghadiri sidang.


"Semalam 107 Ahli Parlimen dari parti-parti Pembangkang telah dihalang dari memasuki Parlimen. Halangan ini bermula dari sekatan jalan raya di beberapa lokasi menghala ke Parlimen, serta kehadiran anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Bulatan Dato’ Onn.


"Tindakan menghalang Ahli-Ahli Parlimen ini adalah satu pelanggaran perintah yang telah dikeluarkan Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara, berdasarkan usul Menteri Dalam Negeri bertarikh 13 Julai 2020 sewaktu permulaan mesyuarat kedua Penggal ke-3


"Penting dijelaskan bahawa Parlimen sekarang masih berada dalam Penggal ke-3, oleh kerana tiada pewartaan proklamasi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memprorog Penggal tersebut berdasarkan Fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan," kata mereka.


Ahli Parlimen Bagan dan Kepong menghadapi sekatan polis

Tegas Majis Presiden, tindakan mengugut dan menghalang Ahli-Ahli Parlimen dari menjalankan kuasa-kuasa seorang Ahli Parlimen yang sah di sisi undang-undang melanggar Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum tujuh tahun penjara atau denda.


"Majlis Presiden PH dengan ini amat kesal atas tindakan mengarah serta memperalat PDRM bagi menghalang Ahli-ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.


"Kami juga amat kesal dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang telah membenarkan pelanggaran perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara ini berlaku," kata kenyataan itu.


Pada masa sama, tambah Majlis Presiden, keputusan Yang di-Pertua membenarkan Ahli-ahli Parlimen yang merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara masuk ke Parlimen untuk mesyuarat semalam pula membukti bahawa Speaker wajib dipertanggungjawab atas arahan yang juga telah menghalang Ahli-Ahli Parlimen lain dari memasuki Parlimen.


"Beliau telah gagal melindungi dan mempertahan hak Ahli-ahli Parlimen dan mesti meletakkan jawatan.


"Kami juga telah meminta Ahli-ahli Parlimen untuk membuat laporan polis bagi mengenal pasti mereka yang telah mengeluarkan arahan ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.


"Niat kami untuk hadir ke Parlimen semalam hanyalah menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa, berasaskan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen perlu membahas dan memutuskan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat


"Namun sekali lagi Kerajaan Perikatan Nasional telah menunjukkan inilah Kerajaan yang mengingkari titah perintah Seri Paduka Baginda, tidak mengendahkan Parlimen dan melanggari Perlembagaan Persekutuan," kata mereka lagi.


Untuk rekod arahan Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara berbunyi: “Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.”


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page