top of page

Hala tuju parti ditentukan melalui Kongres Nasional KEADILAN



Kenyataan mantan Ahli Parlimen Pandan yang juga calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa agar calon-calon pemilihan parti kali ini menyatakan hala tuju parti dikritik mantan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Syed Badli Shah Syed Osman sebagai tidak menepati konsep kerja secara berpasukan.


Katanya, Fasal 1.2 Perlembagaan KEADILAN secara jelas menyatakan bahawa Kongres Nasional adalah badan tertinggi dalam parti, dengan kuasa untuk menentukan perjalanan dan arah tuju parti.


"Ini bermaksud hala tuju parti perlu diputus secara berjemaah dalam adab kerja berpasukan oleh badan tertinggi dalam parti iaitu Kongres Nasional.


"Di sinilah peri pentingnya peranan setiap pimpinan untuk menyumbang tenaga dan idea demi memantapkan agenda perjuangan parti secara bersama," katanya.


Tambah Syed Badli Shah, gerak kerja parti yang sempurna harus dilaksanakan secara keputusan bersama untuk mendapatkan kesepakatan kesemua pihak dan bukan hanya idea kelompok tertentu sahaja.


"Sesungguhnya organisasi parti tidak boleh dipacu dengan agenda peribadi mahupun cara kerja segelintir mereka yang tidak memahami konsep kerja secara berjemaah.


"Justeru itu saya mencadangkan kepada Rafizi untuk kembali menginsafi nilai teras pemahaman kerja secara berpasukan dalam adab berorganisasi," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page