top of page

Hala tuju DNB, 5G di Malaysia diumum pada Mac - Fahmi



Hala tuju dasar 5G negara akan diumum pada hujung Mac ini sama ada akan terus membenarkan syarikat Digital Nasional Berhad (DNG) meneruskan perniagaan sebagai pengendali tunggal atau kaedah lain akan dipilih.


Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, Ahmad Fahmi Fadzil berkata demikian dalam sidang media di Kelana Jaya, pagi tadi.


Menurut beliau, perkara yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini adalah perkhidmatan 5G tersebut harus berada pada paras harga yang berpatutan untuk dilanggan oleh rakyat.


"Pihak kerajaan akan umumkan sebelum hujung Mac ini hala tuju perlaksanaan 5G. Saya percaya ini mesej dari PM agar semua pihak segera duduk bersama untuk menilai, merangka hala tuju bersama. DNB diurus secara telus dan keterlibatan itu diurus secara terangkum.


"Semua syarikat telekomunikasi menyatakan kesediaan untuk perbincangan lebih lanjut dan minggu akan datang kita akan capai kata putus. Hujung Mac kita umum


"Sama ada kita kekal dengan single network atau tidak, apakah hubungan DNB dengan syarikat telekomunikasi. Lebih penting daripada itu dua perkara ditegaskan PM, pertama kita ingin lihat capaian 5G ini melebihi 80% kawasan berpenduduk menjelang hujung 2023, dan harga itu berpatutan kepada rakyat," katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri baru baru ini berhubung spektrum 5G di Malaysia.


Fahmi turut ditanya mengenai mesyuarat yang diadakan pihak KKD semalam bersama pengendali perkhidmatan telekomunikasi, yang mana inisiatif 5G ketika ini diletakkan di bawah KKD.


Kata Fahmi, mesyuarat berkenaan amat positif dan kesemua syarikat perkhidmatan telah hadir manakala perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.


"Sekarang DNB diletakkan di bawah KKD, memandangkan PM telah membuat pengumuman itu kami telah meminta satu pertemuan segera diadakan semalam bersama pihak DNB, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan semua syarikat telekomunikasi hadir, YLT, Digi, Maxis, Telekom Malaysia.


"Mesyuarat itu ambil masa lebih kurang satu setengah jam, saya menyampaikan garis panduan dan hasrat kami untuk terus melalukan perbincanagn yang agak detail, berdasarkan pengumuman PM," katanya lagi.


DNB yang ditubuhkan pada era Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 2020 lalu telah mencetuskan banyak kontroversi kerana melibatkan kerajaan dalam perniagaan pengendalian khidmat 5G dengan modal didakwa sehingga RM18 bilion.


Di negara lain khidmat 5G dijual lesennya kepada syarikat telekomunikasi sedia ada tanpa melibatkan campurtangan kerajaan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page