top of page

Hak milik strata Pangsapuri Seri Perantau selesai Ogos ini



Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan hak rakyat di negeri itu terus dijaga dan dipertahankan.


Sehubungan itu menurut Menteri Besar, hak milik strata kira-kira 800 pemilik unit Pangsapuri Seri Perantau di Klang, dijangka selesai Ogos ini.


"Ada beberapa isu setempat kawasan ini yang kita perlu selesaikan. Saya dimaklumkan oleh penyelaras Selat Klang Datuk Teng Chang Khim mengenai isu milikan strata penduduk sini.


"Kita sudah selesai 11 daripada 17 langkah yang diperlukan termasuk urusan dengan pejabat tanah dan galian, pihak berkuasa tempatan serta peguam. Kumpulan pertama dijangka dapat status milikan pada Jun ini," kata Datuk Seri Amirudin Shari pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang baru-baru ini.


Naib Presiden KEADILAN itu percaya dengan langkah tersebut sekali gus akan menjamin nilai aset kediaman penduduk.


Mengulas lanjut beliau berkata, pemberian surat pemilikan kepada setiap rumah itu merupakan hasil usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan keseluruhan prosedur yang ditetapkan sejak 2021.


"Pangsapuri ini mempunyai 12 blok bangunan dan didiami sejak 2000. Kita dapati semua rumah tak ada hak milikan," katanya.


Selain itu atas keperihatinan kerajaan negeri, pihaknya juga jelas beliau turut membantu menyelesaikan isu lain dihadapi penduduk antaranya berkait tunggakan utiliti dengan Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page