top of page

Hak Melayu, Bumiputera tidak perlu dibincang, pertahankan Perkara 153



Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Perdana Menteri berkara peruntukan mengenai perkara itu tidak perlu disemak atau dibincangkan lagi.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan Ahli Parlimen Johor Bharu Hassan Karim agar kerajaan mengkaji semula Perkara 153 adakah ia benar-benar berfungsi seperti mana diharapkan.


“Kita akan pertahankan kedudukan perlembagaan, termasuk (Perkara) 153.”


“Tak perlu bincang, dah ada dalam perlembagaan," kata Anwar kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.


Perkara 153 (1) memperuntukkan "menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."


Perkara 153 turut mencakupi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain, permit dan lesen yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan.


Hassan dalam hantaran di Facebook pada Ahad lalu mahu Kongres Ekonomi Bumiputra (KEB 2024) yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac depan mengkaji adakah dasar afirmatif seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah benar-benar membantu orang Melayu dan Bumiputera atau sebaliknya dirampas oleh kelas berkuasa elit Bumiputera termasuk ahli keluarga mereka di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


"Kongres Ekonomi Bumiputera perlu meneliti dengan jujur satu isu yang amat sensitif tetapi perlu dibincangkan secara ilmiah dan fakta oleh bijak pandai Melayu.


"...adakah dasar afirmatif yang dipanggil kedudukan istimewa orang Melayu dan anak pribumi Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan benar-benar telah menolong ekonomi Bumiputera," katanya dipetik.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page