Hak 40% Sabah Terjamin, Yang Dirayu Semakan “The Lost Years”
- Abdul Rahim Razak
- 36 minutes ago
- 1 min read
Hak 40% Sabah Terjamin, Yang Dirayu Semakan “The Lost Years”
Penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kekeliruan berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah berpunca akibat salah faham dan naratif tidak tepat, sedangkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tidak menyebut Kerajaan Persekutuan culas atau gagal menunaikan tanggungjawab membayar hasil tersebut kepada Sabah.
Katanya, isu sebenar bukan mengenai kegagalan pembayaran, sebaliknya merujuk “the lost years”, iaitu tempoh semakan setiap lima tahun sejak 1974 hingga 2022 yang tidak dilakukan kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan terhadap kadar pulangan hasil.





