Pengajaran modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang cuba dipertikai oleh ahli politik daripada parti Gerakan-PN hari ini ditetang oleh para pempengaruh TikTok yang berhimpun di perkarangan Masjid Negara mengadkan himpunan aman membantah tindakan tersebut.
Menurut jurucakap perhimpunan, Firdaus Jaafar, Hadis 40 Imam Nawawi telah diajar di masjid dan surau di negara ini sejak sekian lama, dan hal itu tidak perlu ditentang sekiranya mahu diajarkan pula kepada murid murid Islam di sekolah.
"Kami dari aktivis TikTok dan kami bincang setiap hari berkaitan isu penenatangan Gerakan - PN ini yang peringkat awalnya keras menentang pengajian hadis 40.
"Sebenarnya pada kami mereka ini tak tabayyun, tak dengar betul betul. Kemudian mereka nak bawa kes ke mahkamah.
"Pada kami aktivis TikTok yang setiap hari kami live, kami beritahu semua orang jangan cuba ganggu gugat ketinggian agama Islam ini. Kami adakan himpunan supaya masyarakat faham tanggungjawab kerajaan dalam membina negara," katanya pada sidang media selepas perhimpunan aman kira kira setengah jam selepas solat Jumaat petang tadi.
Bagi Firdaus, sekiranya terdapat kelemahan dalam pengajaran hadis tersebut, mana mana pihak bebas mengkritik tetapi jangan sampai perkara itu ditentang daripada diajarkan di sekolah.
"Kelemahan kita baiki tapi kalau nak anggap ini gangguan dalam pendidikan Islam, ini tak betul. Abang ayah kita di masjid surau lama sudah belajar hadis 40 ini, sekarang baru nak masuk sekolah.
"Walaupun mereka (ahli politik) agak reda tetapi kita ingatkan mereka jangan cuba cuba, melainkan kamu mesti dengar betul betul apa tujuan, sasaran, matlamat dia (pengajaran hadis)," katanya lagi.
ความคิดเห็น