top of page

Hadiah Pengiktirafan Akademik, insentif kewangan tingkat kualiti penjawat awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 15
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) berbentuk insentif kewangan kepada penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi diiktiraf semasa dalam perkhidmatan serta menggunakan perbelanjaan sendiri.


Dalam pengumuman itu Anwar berkata, insentif untuk penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana akan memberi manfaat kepada lebih 91,000 penjawat awam.


Manakala katanya, bagi mereka yang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) akan menerima RM1,250.


"Ia diikuti RM1,000 untuk peringkat sarjana dan RM750 untuk peringkat ijazah sarjana muda, manakala bagi peringkat diploma atau setaraf sebanyak RM500.


"Yang ambil inisiatif belajar sendiri, bayangkan belajar sendiri, elaun untuk isteri dikurangkan kerana nak bayar yuran pengajian, jadi kita bagilah sedikit tanda penghargaan walaupun bajet itu melibatkan RM75.7 juta.


"Ia akan beri manfaat kepada 91,672 pegawai awam. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, tunjuk kita galakkan pegawai awam tingkatkan keupayaan mereka atas ikhtiar dan inisiatif sendiri," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi sarjana kedoktoran falsafah (PhD), mereka menerima sebanyak RM1,250, sarjana (RM1,000), sarjana muda (RM750) manakala diploma atau setaraf dengannya ialah RM500.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page