top of page

Hadiah merdeka Kerajaan Selangor: Jualan harga patut keperluan harian, insurans hayat percuma



Kerajaan Negeri menyediakan hadiah terbaik sempena hari kemerdekaan buat rakyat Selangor dengan memperkenalkan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) dan tambahan perutukan RM10 juta bagi intevensi harga barang.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, program mensubsidi harga barang keperluan itu bermula pada malam 31 Ogos dan barangan bersubsidi tersebut dijual di outlet terpilih.


"Harga barang memuncak, harga barang meningkat dan hari ini Kerajaan Negeri mengumumkan kita mengeluarkan tambahan peruntukan RM10 juta untuk negeri Selangor meneruskan jualan ehsan yang akan bermula malam ini di Dataran Kemerdekaan dengan jualan harga ikan, ayam, sayuran, minyak masak dan barang barang keperluan harga murah.


"Harga murah itu kerana subsidi tambahan RM10 juta negeri Selangor yang kita siapkan untuk rakyat negeri ini," katanya pada malam semalam.


Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan skim insuran hayat percuma untuk rakyat Selangor. Skim itu akan memberi pampasan sehingga RM10,000.


"Kerajaan ini saya kira kerajaan pertama di Malaysia yang berupaya melindungi nyawa dan hayat rakyatnya.


"Kalau ada kemalangan, kematian, atau kehilangan pancaindera akan ada pembayaran dengan pencaruman yang sudah dibayar,” katanya dalam program di Mukim Batu, semalam.


Menerusi INSAN, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.


Inisiatif itu ditawarkan kepada anak berusia 30 hari sehingga umur 80 tahun. Pemohon hanya perlu memenuhi salah satu daripada dua syarat iaitu lahir di Selangor atau menjadi pengundi di Selangor.


Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page