top of page

Hadiah Kerajaan Madani: Masihkah ada yang tidak tahu bersyukur?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 2 min read

ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Debaran menanti apakah pengumuman yang mahu dibuat oleh PMX sebagai 'Penghargaan kepada rakyat Malaysia' telah pun berakhir tengah hari tadi.


Penulis juga adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang teruja menanti apakah 'hadiah atau buah tangan' yang bakal diterima oleh warga negara hari ini.


Ternyata penantian tidak sia-sia kerana hadiah penghargaan daripada PMX tersebut memang amat bermanafaat kepada rakyat khasnya golongan sasar.


Bagi yang masih lagi mahu bersosek-sosek, merungut itu ini atau tidak berpuas hati, cuba damaikan jiwa dan lapangkan hati. Buka mata dan telinga seluasnya.


Mari dengar semula pengumuman tersebut atau rajin-rajin yang membaca serta membuat semakan apa yang telah diberi oleh PMX melalui Kerajaan Madani.


Apa rakyat dapat


𝟏. 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐡 (𝐒𝐀𝐑𝐀) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 - RM100 secara one-off kepada setiap rakyat Malaysia dewasa (18 tahun ke atas) melalui MyKad.


Sumbangan tersebut boleh digunakan antara 31 Ogos – 31 Disember 2025 di 4,100 lokasi runcit utama (Mydin, Lotus, Econsave, 99Speedmart dll).


𝟐. 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐉𝐊𝐌

Dinaikkan kepada RM2.9 bilion.


𝟑. 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐢𝐧𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧

RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025 (sebelum ini RM1,500).


𝟒. 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐫

153,000 pekerja GLC/GLIC menerima minimum RM3,100 sebulan.


𝟓. 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 & 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧

Lebih 4,000 perjawatan baharu akan diisi menjelang akhir 2025.


𝟔. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐝𝐢

RM1,200 (2022) → RM1,300 (2023) → RM1,500 (2025).


𝟕. 𝐒𝐮𝐛𝐬𝐢𝐝𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐚𝐝𝐢

Dinaikkan daripada RM360 (2022) kepada RM500 (2023).


𝟖. 𝐈𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡 (𝐈𝐏𝐆)

RM2.50 (2022) → RM2.70 (2023) → RM3.00 (2024).


𝟗. 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

Dana hingga RM100,000 untuk komuniti bagi menjana pendapatan.


𝟏𝟎. 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

Diperluas dari 40 kampung (2024) → 200 kampung (2025).


𝟏𝟏. 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

Sasaran: 1,000 buah sekolah menjelang akhir 2025.


𝟏𝟐. 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

RM600 juta diperuntukkan (peningkatan 2x ganda dari RM300 juta) dan meliputi semua 600 DUN serta pelbagai barangan asas boleh diperolehi.


𝟏𝟑. 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐓𝐨𝐥 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥

Penangguhan kenaikan kadar tol 10 lebuh raya sepanjang 2025.


𝟏𝟒. 𝐒𝐮𝐛𝐬𝐢𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐥 𝐑𝐎𝐍𝟗𝟓 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐬𝐚𝐫

Harga RON95 diturunkan kepada RM1.99/liter untuk rakyat Malaysia berkuatkuasa September 2025.


𝟏𝟓. 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐟 𝐄𝐥𝐞𝐤𝐭𝐫𝐢𝐤

85% pengguna domestik alami penurunan bil sehingga 14% (bermula Julai 2025).


𝟏𝟔. 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐔𝐦𝐮𝐦 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 mana 𝟏𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧) 𝐝𝐢𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐜𝐮𝐭𝐢 𝐮𝐦𝐮𝐦 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.



PMX pemurah memahami rakyat


Sebagaimana dihebahkan sebelum ini, pengumuman Perdana Menteri ini tidak syak lagi adalah suatu berita gembira sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Dengan pelbagai cabaran ekonomi, kesediaan kerajaan berbuat sesuatu untuk meringankan beban hidup rakyat melalui pelbagai pengumuman oleh Anwar itu, ia pasti memberi kegembiraan yang sewajarnya serta diraikan.


Khususnya dengan setiap orang mendapat RM100 dan harga minyak turun daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, hakikatnya banyak juga perbelanjaan keluarga dapat dijimatkan.


Hakikat yang perlu diakui PMX adalah pemimpin yang pemurah dan memahami keperitan rakyat dalam mengharungi kehidupan yang amat mencabar.


Lebih banyak bantuan mahu diberi


Penulis yakin sudah pasti PMX sebolehnya mahu memberi lagi bantuan sebanyak yang mampu demi keselesaan rakyat.


Namun sudah pasti PMX memerlukan masa serta pengurusan ekonomi dan pentadbiran yang terbaik untuk keberhasilan yang cemerlang.


Sebagai warga negara yang bijak kita mesti memberikan peluang tersebut untuk PMX melaksanakan tugasan beliau memimpin Malaysia dengan cara terbaik.


Apa yang PMX hadiahkan hari ini pasti membanggakan kita sebagai warga negara Malaysia. Segalanya untuk rakyat, rakyat dan rakyat.


Masihkah adakah kalangan kita yang tidak tahu bersyukur?

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page