top of page

Hadiah Bermakna PMX Sempena Hari Belia



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Sambutan Hari Belia Negara (HBN) tahun ini sangat bermakna bagi golongan belia apabila buat pertama kali selepas suatu tempoh yang panjang, akhirnya Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai payung yang mewakili suara belia di Malaysia diberikan hak dan tanggungjawab untuk menguruskan perjalanan sambutan HBN peringkat kebangsaan.


HBN pada tahun ini disambut pada tanggal 28 Mei 2023 bertempat di Port Dickson. Kejayaan MBM menganjurkan HBN telah mendapat pujian daripada PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah PMX mahu kejayaan MBM menganjurkan HBN menjadi contoh kepada kementerian lain untuk menyerahkan sambutan perayaan tertentu kepada masyarakat sivil yang mewakili golongan yang pelbagai di Malaysia misalnya seperti guru, ibu, wanita, OKU dan sebagainya.


Sambutan hasil perjuangan PMX


Sambutan HBN di Malaysia merupakan sebuah perjuangan panjang yang turut melibatkan PMX semasa beliau menjadi Presiden MBM. Antara tuntutan PMX pada waktu itu adalah supaya Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak mengiktiraf kedudukan belia melalui penetapan 15 Mei setiap tahun sebagai Hari Belia Negara (di samping menuntut penubuhan Majlis Perundingan Belia Negara yang kekal berfungsi sehingga sekarang).

Mohd Fauzi Fadzil

PMX mengakui kepimpinan MBM semasa zaman beliau menerajui MBM adalah jauh lebih muda berbanding sekarang, PMX mengemudi MBM sekitar umur 26 tahun manakala kepimpinan utama MBM pada hari ini berumur di atas 30 tahun. Namun usia kepimpinan MBM yang lebih matang pada hari ini mendapat pujian PMX kerana lebih bersedia untuk berhadapan dan bersuara dalam isu melibatkan pembangunan negara.


Umum peruntukan RM5j buat belia


Sempena sambutan HBN 2023, PMX telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada MBM bagi membantu menampung kos operasi dan aktiviti yang diperlukan.


Pengumuman PMX itu merupakan langkah positif ke arah hubungan yang lebih erat antara MBM dengan Kerajaan Perpaduan dalam membangunkan negara. Sikap PMX dilihat lebih lunak dan diplomatik berbanding sikap bersengketa yang pernah diamalkan oleh mantan Menteri Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap MBM


Akibat sikap bersengketa tersebut maka pembangunan belia di Malaysia tergendala sekitar tahun 2018 hingga awal 2020 kerana dua pemegang taruhnya MBM - KBS tidak bergerak secara seiringan. Hadiah PMX ini sebagai simbol perakuan terhadap peranan penting MBM dalam membangunkan belia di Malaysia, justeru kemandirian MBM perlu terus terpelihara demi masa depan Malaysia yang lebih baik.


Pada akhir ucapan PMX, beliau mengingatkan golongan belia agar menjauhi perangkap perkauman ekstrem yang boleh memecah-belahkan negara tercinta. PMX mengakui bahawa pengalaman beliau bersama MBM yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai menyebabkan beliau berfikiran terbuka dan mampu menerima perbezaan agama dan budaya yang sedia wujud di Malaysia.


Golongan belia pada hari ini, katanya harus mempunyai kerangka pemikiran yang sama di mana perbezaan antara individu tidak harus dijadikan sebab untuk mewujudkan permusuhan. Justeru penyertaan golongan belia dalam pertubuhan belia yang bernaung di bawah MBM adalah sangat digalakkan bagi memastikan sebuah masyarakat majmuk yang aman dapat dikekal dalam konteks Malaysia.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page