top of page

Hadapi tekanan pemerintah, Sidang Nadi Rakyat diteruskan di Petaling Jaya



Sidang Nadi Rakyat yang dijadual diadakan pada Sabtu ini didakwa cuba digagalkan oleh Kerajaan BN - PN apabila pihak pengurusan TH Hotel Kelana Jaya tidak membenarkan premis mereka digunakan pada saat-saat akhir.


Menurut Jurucakap Sidang Nadi Rakyat, Omar Mokhtar A Manap, tindakan tidak bertanggungjawab pihak pengurusan syarikat berkaitan kerajaan itu amat dikesali setelah segala persiapan dibuat dan dihebahkan.


Hal itu terjadi, katanya, mungkin akibat kegentaran kerajaan menghadapi program luahan hati rakyat di tengah tengah kenaikan harga barang yang 'menggila' sejak kebelakangan ini.

Omar Mokhtar A Manap

"Sidang Nadi Rakyat merasakan tindakan ini tidak bertanggungjawab, keterlaluan serta menyekat rakyat untuk bersuara. Tidak wajar penganjuran sidang yang bertujuan memberikan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan permasalahan dihadapi mereka berdepan layanan sebegini.


"Ini menyerlahkan isyarat gentar kerajaan terhadap momentum kebangkitan rakyat yang kian merebak ke seluruh negara.


"Sepatutnya usaha sebegini rupa menjadi iltizam dan sokongan semua pihak yang ikhlas mencari jalan keluar bagi mengatasi beban yang sedang dipikul oleh rakyat dan negara


"Adalah tidak keterlaluan melihat tindakan ini sebagai suatu mimpi ngeri yang bakal mengulangi skrip lapuk untuk mengheret negara kembali ke zaman gelap pentadbiran Umno-BN sebelum ini," kata Omar dalam satu kenyataan.


Justeru, Sekretariat Sidang Nadi Rakyat menggesa agar Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menyatakan pendirian terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan TH Hotel.


"Sidang Nadi Rakyat juga ingin mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama bersolidariti dengan memakai baju putih pada Sabtu ini. Sidang Nadi Rakyat akan tetap diteruskan mengikut perancangan," katanya.


Lokasi baharu sidang tersebut diumumkan oleh pihak sekretariat akan diadakan di Crystal Crown, Petaling Jaya pada tarikh yang sama, Sabtu 2 Julai 2022.


Masa persidangan dari jam 8:30 hingga 1:00 petang. Para peserta yang telah mendaftar diminta ke lokasi baharu pada hari tersebut.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page