top of page

Had usia kenderaan teksi, e-hailing dilanjutkan kepada 15 tahun



Memahami kesukaran yang dialami oleh pemilik sekali gus pemandu teksi dan e-hailing yang terpaksa menukar kenderaan mereka selepas had 10 tahun untuk meneruskan operasi, Kerajaan Perpaduan hari ini telah menaikkan had tersebut kepada 15 tahun.


Menurut kenyataan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) peraturan baharu itu merupakan usaha kerajaan untuk melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambahbaik sistem pengangkutan negara.


"Pelanjutan had usia teksi dan e-hailing ini tergunapakai bagi kedua-dua kelas teksi dan e-hailing di Semenanjung Malaysia juga bagi kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan," kata kenyataan tersebut.


Menurut kenyataan itu lagi, pelanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023


Manakala semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut perlu melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM


Kenderaan tersebut juga perlu mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna serta imej industri terjamin.


"Sehubungan itu, pihak APAD berharap dengan pemakluman ini, pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti," kata kenyataan itu lagi.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai syarat pelanjutan had usia berkenaan boleh didapati di laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD yang berhampiran.


Pelaksanaan syarat baharu ini merupakan pembelaan kepada golongan pemandu teksi dan e-hailing yang memiliki sendiri kenderaaan.


Sebelum ini para pemilik kenderaan tersebut meminta had kelayakan beroperasi dinaikkan kerana tempoh 10 tahun terlalu pendek sedangkan mereka baharu sahaja menyelesaikan hutang sewa beli dalam 9 tahun. Kata mereka kenderaan biasanya masih lagi baik dan boleh digunakan dalam tempoh di bawah 15 tahun jika dijaga rapi dan diservis mengikut perbatuan yang ditetapkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page