Kerjaya guru bukan sahaja perlu diktiraf sebagai mulia tetapi merupakan perintis kepada pembinaan tamadun.
Bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, guru wajar dihargai kerana tidak pernah kenal erti jemu dalam mendidik dan membangun anak bangsa.
"Saya juga pernah menjadi sebahagian daripada warga pendidik tatkala menubuhkan Yayasan Anda Akademik (YAA) bersama rakan-rakan sekitar tahun 1970an.
"Matlamatnya, selain dari memberi pembelaan kepada anak-anak yang tercicir, juga antara lain adalah untuk membawa kesedaran dan pencerahan dalam erti membangun tamadun dan tatanan yang berwibawa.
"Saya menggesa anak-anak untuk terus meneroka cabang-cabang ilmu tanpa perlu paksaan dan tidak hanya bertujuan untuk lulus dalam peperiksaan," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau.
Menurut Anwar, ilmu yang diterapkan para guru tidak ternilai harganya dan mesti disemat dalam keperibadian rakyat menuju masyarakat madani.
"Marilah bersama kita mengangkat budaya ilmu dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada guru-guru yang pernah mendidik.
"Salut saya kepada warga pendidik yang berikhtiar sedaya upaya menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam norma baru demi kelangsungan pendidikan dan masa depan anak didik tercinta.
"Selamat Hari Guru kepada semua guru dan seluruh warga pendidik!" ujarnya.
top of page
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 8,075 | 76 | 15,456 |
Total | 2,285,640 | 26,759 | 2,116,021 |
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 393,631 | 6,015 | 582,401 |
Total | 236,060,214 | 4,821,346 | 211,396,635 |
Sumber dari WHO (World Health Organization)
bottom of page
Kommentare