top of page

Guru boleh bertukar lepas dua tahun bertugas, antara enam inisiatif KPM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 minutes ago
  • 2 min read

Fadhlina merasmikan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bersama DS Zahid Hamidi
Fadhlina merasmikan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bersama DS Zahid Hamidi

Sambutan Hari Guru pada tahun ini memberikan makna kepada golongan pendidik apabila Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan enam inisiatif antaranya membenarkan guru yang telah berkhidmat selama dua tahun boleh membuat permohonan bertukar.


Langkah tersebut mendapat maklum balas positif daripada persatuan pendidik yang menganggap langkah tersebut sebagai satu bentuk penghargaan kepada profesion perguruan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika mengumumkan perkara itu berkata permohonan tersebut terbuka dan tanpa sebarang syarat lain.


"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa pandangan serta keprihatinan Kerajaan MADANI kepada kesejahteraan guru," katanya yang dipetik ketika berucap di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 Tahun 2025 di Kuching, Sarawak hari ini.


Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.


KPM sebelum ini meletakkan syarat guru tidak dibenarkan memohon pertukaran dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan.


Fadhlina berkata kerajaan mengambil kira keluhan golongan pendidik yang sebelum ini terpaksa tinggal berjauhan dengan ahli keluarga.


"Kita dengar suara mereka yang terpisah daripada keluarga, yang berjauhan dengan anak dan kita ambil tindakan (bagi mengatasi masalah itu).

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa pandangan dan keprihatinan Kerajaan MADANI kepada kesejahteraan guru," katanya.


Sementara itu, lima lagi inisiatif KPM ialah pelantikan 1,470 pembantu guru di bawah program My Digital Guru (MyDG) yang akan ditempatkan di sekolah terpilih bagi membantu meringankan beban tugas guru.


Seramai 32 guru yang memenangi enam anugerah iaitu Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Guru Ikon, Anugerah Guru Berwibawa, Anugerah Khas Bitara Bahasa dan Anugerah Khas Menteri Pendidikan akan dihantar mengikuti program Inovasi Global untuk Guru Masa Depan (GIFTS) ke United Kingdom.


Program tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta, kata Fadhlina.


"KPM akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti Program Kursus Jangka Pendek di luar negara bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam beberapa bidang terpilih," kata Fadhlina lagi.


Selain itu jelas beliau lagi kerajaan juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi pembelian tiket kapal terbang kepada guru ke seluruh destinasi melalui portal MH GoM.


"Inisiatif keenam pula iaitu diskaun buku antara 20 hingga 30 peratus bagi pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM," katanya.


Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata keputusan KPM membenarkan pertukaran selepas dua tahun berkhidmat menunjukkan keseriusan kementerian dalam mengatasi masalah isu guru ‘duka-lara’ yang terpaksa menunggu dalam tempoh panjang.


"Apa yang lebih menggembirakan warga guru ialah penambahan pembantu guru, sekali gus diharap dapat mengurangkan beban tugas guru,” katanya dipetik dari BH.


Kongres Nasional PKR 2025 dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Mei di Johor dengan hari pengundian pada 23 Mei.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page