
Teknologi digital perlu digunakan seluasnya oleh jabatan kerajaan untuk menyebarkan maklumat
Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil mahu Jabatan Penerangan tidak sekadar memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat, sebaliknya bersama kerajaan dalam usaha memacu dan membangunkan ekonomi.
Beliau menegaskan kemajuan digital yang semakin berkembang perlu diguna sepenuhnya lebih daripada melaksana perkara asas itu sahaja.
"Selain bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk selesai perkara asas, Jabatan Penerangan adalah salah satu organisasi yang sangat penting menjayakan usaha dan ikhtiar kerajaan.
"Dalam masa 10 tahun ke depan ini, ia mungkin akan jadi satu dekad keemasan untuk negara Malaysia di mana teknologi digital bukan hanya memberi akses semata-mata. Tetapi ekonomi juga boleh dipacu dengan laju (melalui teknologi digital) yang hasil limpah ruah kemakmurannya akan rakyat nikmati," katanya.
Beliau sebelumnya hadir melakukan lawatan kerja ke Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di Jalan Raja Laut.
Turut hadir adalah timbalannya, Teo Nie Ching.