top of page

Guna sesi perbahasan Titah Diraja untuk bela rakyat



Anggota Dewan Rakyat perlu memanfaatkan sesi perbahasan Titah Diraja mulai hari ini bagi membantu rakyat dan memajukan negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata beliau berharapkan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 semalam dapat dibahaskan dengan mendalam sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang.


"Saya harap isi kandungan titah Tuanku dapat dicerakinkan, difahami secara mendalam dan dijadikan kupasan.


"Kita harap ahli Parlimen dapat memainkan peranan dalam perbahasan, bukan untuk mencemuh, tetapi benar-benar memikirkan nasib rakyat, (bahas) dasar yang boleh membantu memajukan negara," katanya.


Tambah Fahmi lagi, Ahli Dewan dari pihak pembangkang diharap boleh memberikan kritikan membina sebagai proses semak dan imbang pentadbiran kerajaan.


Al Sultan Abdullah dalam titahnya semalam antara lain menggesa agar usaha ditumpukan ke arah mencapai keharmonian kaum dalam usaha membanteras ekstremisme.


Menurut baginda, semangat muhibah dan hormat-menghormati antara kaum menjadi asas kepada kestabilan di negara ini.


Justeru selepas 66 tahun merdeka, rakyat tegas Baginda seharusnya cukup matang untuk menjadikan perbezaan yang unik sebagai “rencah utama” dalam pembentukan bangsa Malaysia yang saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain, bertolak ansur serta bersatu padu.


Al-Sultan Abdullah juga menyentuh aspek kesalinghubungan digital yang menurut baginda merupakan antara asas terpenting pembangunan sesebuah masyarakat dengan ekosistem digital.


"Soal proses pendigitalisasi serta usaha meminda akta itu sememangnya antara perkara yang sedang diusahakan KKD,” kata Fahmi ketika mengulas titah Sultan Abdullah mengenai perkara itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page