top of page

Guna pendekatan berbeza julang kembali negara - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 30, 2024
  • 1 min read


Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang betul.


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyarankan agar gabungan itu melakukan pendekatan luar daripada kebiasaan dalam usaha memulih imej dan kehebatan negara.


"Selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan.


"Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.


"Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan ke hadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan," katanya dipetik dalam ucapan pembukaan di Pemukiman Pakatan Harapan 2024 di Putrajaya yang berakhir semalam.

Pemukiman Pakatan Harapan berlangsung selama dua hari dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan antaranya Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.


Turut menghadiri pemukiman itu adalah Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pemukian itu turut membuat penilaian prestasi selama setahun perjalanan Kerajaan Perpaduan dengan penganalisis politik dan badan penganalisis dijemput membentangkan pandangan mereka.


Sementata itu, sebagai mengulas mengenai pemukiman itu Saifuddin berkata, ia menjadi medan bagi menggerakkan agenda rakyat serta mempertingkatkan naratif penerangan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page