top of page

Guna logo KEADILAN strategi raih undi, PH kekal utuh - Fahmi



Penggunaan logo KEADILAN ketika mana DAP dan Amanah memutuskan untuk menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu isu perpecahan dalam gabungan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan hadapan.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata, hal itu lebih kepada percubaan untuk menentukan logo manakah yang sesuai diguna PH menghadapi pilihan raya seterusnya.


"Saya tidak lihat seperti itu (perpecahan). Kalau kita lihat dalam PRN Sabah 2020, parti komponen dalam PH telah buat keputusan bersama, KEADILAN guna logo sendiri, Amanah dan DAP gunakan logo Warisan atas alasan taktikal. Di Sarawak DAP dan KEADILAN pula gunakan logo masing masing.


"Saya lihat ini satu percubaan untuk meneliti strategi memenangi hati rakyat di satu satu kawasan. Saya lihat dalam masa sama akar umbi KEADILAN ada memberi penegasan kepada pimpinan tentang isu ini, dan pimpinan cuba beri ruang. Tetapi yang penting ini keputusan bersama.


"Dalam PRN ini bagi KEADILAN, bukan sahaja kami perlu menang 5 kerusi yang dimenangi pada PRU 14 lalu tetapi menang di dua kerusi yang telah khianat mandat rakyat," katanya.


Mengenai pengundi muda, tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, PRN Johor akan menguji arah sokongan segmen itu condong ke sebelah mana, kerana PRN ini pertama kali Undi 18 dibenar membuang undi.


Beliau juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti parti pembangkang lain dalam masa terdekat


"Kita lihat kehadiran sejumlah pengundi baru 18 dan 21 tahun yang belum pernah mengundi dan akan menjadi satu cabaran serta peluang untuk mana mana parti politik yang mewakili suara pengundi baru untuk kerjasama (dengan PH).


"Kita bukan sahaja mahu kerajaan yang stabil. Kita bukan sahaja mahu Johor makmur tetapi Johor bangkit semula. Kerjasama dalam PH akan membuktikan PH bersedia untuk mengusahakan yang terbaik membentuk kerajaan bangkit semula," katanya.


Fahmi menjelaskan, gerak kerja pilihan raya akan bermula di Johor dalam masa terdekat biar pun kempen rasmi belum dibenarkan.


Isu besar yang melanda rakyat Johor, katanya, berkaitan kesukaran untuk bekerja di Singapura, jangkitan varian Omicron Covid 19 dan isu ekonomi rakyat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page