top of page

Guna logo KEADILAN PRU 15 menjamin kemenangan PH - KEADILAN Perlis



Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN Perlis menggesa agar logo serta bendera KEADILAN digunakan bagi mewakili komponen Pakatan Harapan (PH) untuk menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.


KEADILAN Perlis beranggapan logo dan bendera parti itu telah teruji dalam menamatkan buat pertama kalinya penguasaan BN selama 60 tahun dalam PRU ke 14 lalu.


"Logo KEADILAN merupakan satu jenama yang mula diperkenalkan kepada pengundi semenjak tahun 1999 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dan logo KEADILAN juga sudah dikenali di mata dan hati seluruh rakyat Malaysia.


"Logo KEADILAN telah digunakan dalam PRU Ke-14 yang melibatkan 222 kawasan Parlimen dan 453 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Malaysia, dan telah dibuktikan bahawa komponen PH berjaya membentuk kerajaan setelah menumbangkan Barisan Nasional (BN).


"Penjenamaan cogan kata “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama dan gender telah berjaya memikat hati ramai pengundi dari pelbagai rumpun bangsa di seluruh Malaysia," kata mereka dalam satu kenyataan.


Selain itu logo berkenaan, kata kenyataan itu, telah menjadi simbol penolakan rakyat terhadap korupsi dan dominasi oligarki dalam menentukan politik Malaysia.


"Lambang KEADILAN menjadi simbol perjuangan yang mahukan kerajaan bersih, berintergriti dan mengutamakan perjuangan rakyat marhean menentang sistem yang korup dan zalim, bukannya perjuangan golongan elit yang telah terbukti ditolak oleh rakyat dalam PRU14.

"Oleh itu MPN bersama AMK dan Wanita KEADILAN serta Ketua-ketua Cabang dari Negeri Perlis telah membuat keputusan sebulat suara supaya logo dan bendera KEADILAN digunakan dalam PRU15 demi menarik sokongan pelbagai kaum dan agama sebagaimana pernah dibuktikan dalam PRU14," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi MPN KEADILAN Perlis Amran Kamarudin; Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Perlis Noor Amin Ahmad; Setiausaha MPN KEADILAN Perlis Manivanan Karupiah; Ketua Wanita Keadilan Negeri Perlis Nurin Aina dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis Amar Abd Jalil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page